Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk
keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa
yang indah secara didik hibur daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan
berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan
ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang
terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh
murid melalui lisan dan penulisan.
No comments:
Post a Comment